POLIS TRAFIK
Wa ingat lu orang pun tahu pasal polis trafik,menjaga kesesakan lalulintas dan menyaman pemandu yang melakukan kesalahan(kadang kala mengiring orang2 kenamaan).Wa ade satu cerita yang nak disampaikan kepada lu orang tentang keburukan polis trafik yang wa jumpa tempoh hari.
Kisah dihuraikan... Lebih kurang jam 8.20pagi,wa dalam perjalanan pergi ke tempat kerja di Ikea Mutiara Damansara dari Sungai Buloh.Wa start kerja jam 8.30pagi,memang hari tu wa dah lambat dah tapi lambat macam mana pun cara pemmanduan wa tetap berhemah dan selamat.Siapa yang tinggal Kota Damansara ataupun melalui jalan Kota Damansara tu mesti tau jalan tu sesak macam mana,sakit kepala doi... Kerja masuk jam 9pagi kena gerak dari rumah jam 7pagi,2jam terbuang untuk dijalan raya saja.Itu baru kira pagi... Wa tak campur lagi waktu rehat pukul 1 atau 2,sesak... Wa tak campur lagi waktu orang balik kerja pukul 6ptg hingga jam 10mlm,sesak...
Terlebih pula wa nak hantam ni... Balik kepada cerita wa dalam perjalan ke tempat kerja,dari Shell seksyen 4 sampai ke Dataran Sunway Damansara jalan memang sesak gila walaupun disetiap trafficlight ada abang2 trafik sedang mengawal lalu lintas.Sampai je wa dekat trafficlight simpang nak masuk Giant wa jadi serba salah.Kat situ ada 2orang abang traffic,seorang muda badan kurus tapi tegap seorang lagi berumur berbadan tegap juga tetapi berperut boroi.
Yang kurus melambai tangan kearah laluan wa tanda dibenarkan untuk berjalan,ada la 2,3 kereta depan wa dapat melintas simpang tu.Sampai je turn wa,yang kurus tetap malambai menyuruh wa jalan tapi wa tak jalan pasal wa tengok jalan depan tu dah tak bergerak,jadi wa tunggu sampai jalan depan wa kosong untuk wa selitkan kereta.Tiba2 yang kurus sedar jalan tu memang dah tak bergerak jadi dia memberi tanda isyarat kepada wa dan seangkatan untuk berhenti,wa pun memang dari tadi tak jalan buat muka bodoh je kat simpang tu.
Datang yang boroi tepi kereta wa,wa tengok mulut die mengomel kearah wa.Masa tu wa tengah layan lagu Pokok dari Hazama dan MUH jadi tak berapa nak dengar apa yang die omel tu.Wa perlahankan radio pastu wa tanya die "kenapa bang?"(pertanyaan terhormat yang selalu wa berikan).Perrhhh... Die terus datang makin rapat kereta wa sebelah penumpang die cakap kereta aku dah masuk kawasan petak kuning dengan nada yang agak tinggi.Wa dah panas dah tapi sabar masih kuat,wa pun cakap kat die "sorry bang... tadi abang kurus tu suruh jalan saya tak jalan pasal depan tu dah penuh bile saya nak jalan je abang tu dah suruh berhenti jadi saya termasuk la sikit kat petak ni".Wa ingat die faham,rupenya dah la tak faham boleh pula ugut nak saman wa kat situ.Wa pun diam je takut kena saman der...
Lepas tu wa belek fon nak tengok jam pasal wa dah lambat gile tu.Lepas tengok jam wa simpan balik.Datang lagi si boroi kali ni betul2 kat sebelah wa,wa buat muka tak tahu je."kau ni memang nak saman ni dah la kereta masuk petak kuning pastu main meseg pulak!".marah si boroi kat wa.Wa cakap kat wa tengok jam je bukan main meseg,meseg ape kejadah tengah cepat nak pergi kerja tu.Die tak terima,die cakap nak saman aku,siap cakap "ko jangan nak buat cerita kartun ngan aku!".Last wa panas la... wa cakap kat die nak saman,saman la nanti naik mahkamah wa lawan kat sane.Tak pula die saman wa....
Kepada si boroi tu... Buat la kerja dengan berhemah jangan asyik tengok karton je nanti tak kemana,dah la aku tengok kat lengan ade 1calit je.Tu la siapa suruh karton lagi.... KAt depan aku tak boleh nak Hantam, jadi aku hantam kat sini je.Kalau aku hantam kat depan cakap "Bersih Itu Kotor" plak.. (Tidak semua polis trafik jahat tapi yang jahat perlu diHANTAM!!!
Terima Kasih kerana sudi melawat... :)
Khamis, 31 Mei 2012
Rabu, 30 Mei 2012
Seorang manusia blurr ingin membuat menjadi blogger.. layan aje....
bosan melepak kat rumah.. layan2 bau itu dan ini tertimbul mentol kat kat otak dalam kepala ingin membuat sesuatu yang mampu untuk mehilangkan kebosanan saban hari.Wa pun tak pasti la apa yang wa nak buat dgn blog ni tapi kita tunggu dan lihat je... go geri go....!!!
Langgan:
Catatan (Atom)